Lovey Dovey Diary

Sweet itu manis!

May 18, 2011Bushra Tajuddin

As-Salam. ello lovelies~!! 




Hampir 3 minggu menghilang! 
Kasihan blog ini terabai. 
Maafkan I yer kawan-kawan.

Semalam cuti Hari Wesak. 
Alhamdulillah.. cuti telah dihabiskan dengan meluangkan masa bersama keluarga. 
Rasa sangat bahagia bila dapat balik menziarahi dan melihat muka gembira 
mama abah dan juga mertua.

Syukur kami dikurniakan keluarga yang tinggal berdekatan sahaja. 
Bila terasa rindu, boleh pergi jenguk mereka bila-bila masa sahaja. 
Untung kami kan..??

Di awal perkahwinan kami, agak jarang kami dapat meluangkan masa menjenguk keluarga. 
Maklumlah, baru berkahwin kan.. 
masih baru dan masih cuba untuk menyesuaikan diri masing-masing. 

Mama abah selalu jugak call tanya bila nak balik. 
Rasa agak rimas juga pada mulanya sebab terlalu banyak perkara yang perlu 
diselesaikan ditambah pula dengan komitmen keluarga dan faktor kewangan juga. 
Pening kepala bila fikir.

Tapi kita sebagai anak, cuba faham la kenapa mereka call kan? 
Pasti la mereka rindu dengan anak mereka. 
Adakala kami tidak dapat meluangkan masa untuk menziarahi mereka. 
Sedih bila terpaksa menghampakan mereka. 
Lama-kelamaan kami semakin dapat membiasakan diri dengan kehidupan baru kami.

Rutin wajib setiap hujung minggu.. menjenguk kedua2 keluarga. 
Tak dapat lama, sekejap pun jadi la kann..??

********************************************************************

Teringat kisah manis semalam. 
On the way balik rumah mama abah. Kami berselisih faham.
Ya, I tahu I yang bersalah dan I tidak mahu mengalah.
(Masih banyak yang perlu dipelajari & diperbetulkan untuk menjadi isteri yang baik)

Dah berselisih faham, masuk rumah muka masam je.
Nasib baik yang lain ada hal di luar. Tinggal sorang adik kat rumah.
Tengok tv cerita kartun. Kelakar sangat! Tapi I tak boleh gelak sebab sakit hati.
Tambah sakit hati bila tengok adik & enche nYomoT gelak guling-guling. 
(*macam tiada apa2 terjadi pulak?)

Sejam kemudian, mama abah balik dari shopping.
Macam-macam mereka beli. Tiba2 abah ada permintaan. 
Mintak enche nYomoT masak utk makan tengahari kami. 
(*Ade org kene buli.. kekeke)

enche nYomoT terus masuk dapur. I ikut masuk jugak. 
(*Tiba-tiba terlupa pasal perselisihan faham tadi. Bagus jugak kan? Heee) 
Kami terus bersiap2 untuk mula memasak. 
enche nYomoT pun dah mula tunjuk skill.

Sejam kemudian, makanan tengahari terhidang...

Butter Rice 
Grilled Lamb with BBQ & Black Pepper Sauce
Salad with special sauce

Itulah hidangan tengahari kami.
SEDAP! Pandai suami I masak kann..?? Hihiks.. ;)
*psttt.. nasib baik keluarga mertua tak pernah buat permintaan macam ni.
Kalau ade, pasti I fail. Tihihi...

Dah kenyang, masa untuk menjenguk mertua tersayang pulak... 
Hari yang busy kan? Tapi seronok bila nampak muka happy mereka. 

********************************************************************

Sebelum masuk tidur, enche nYomoT berkongsi tentang tajuk khutbah jumaat yang lalu.
Sempena Hari Ibu, khutbah jumaat pun berkisar tentang ibu.

Banyak yang enche nYomoT kongsikan.
Betapa pengorbanan seorang ibu yang tiada tolok tandingannya.
Kita tidak akan mampu membalas jasa seorang ibu.


Apatah lagi jika ibu kita pula terpaksa menjaga anak kita.


Ustaz turut menekankan bahawa 
berdosa besar sekiranya kita meminta ibu kita untuk menjaga anak kita pula.
Berdosa besar tau kawan-kawan!


Oleh itu kawan-kawan, sekiranya mampu..
cubalah sedaya-upaya kita untuk tidak membebankan ibu kita dengan 
meminta mereka menjaga anak kita pula.


Tidak cukupkah apa yang telah ibu kita lakukan untuk kita selama ini?



enche nYomoT juga berkongsi,
ustaz juga ada menyebut bahawa ibu mertua kita adalah sama tarafnya dengan ibu kita.
Oleh itu kawan-kawan, layanlah ibu mertua kita seperti kita melayan ibu kita.
Jangan sesekali menyakiti hati mereka.
Jika hati mereka terguris, maka berdosa besar lah kita.
(*Ini adalah peringatan untuk diri sendiri juga. Maaf jika ada yang tersinggung)

    
Malam tadi, enche nYomoT berjanji yang dia akan cuba sedaya upaya untuk sentiasa adil dengan kedua-dua keluarga. Baik mertua mahupun keluarga sendiri. 
I senyum je. Alhamdulillah.. 



Terima Kasih ya Allah untuk semua yang manis-manis ini!

Lurve u~!! 



You Might Also Like

9 lovely message(s)

  1. auwwwww....bertuah sangat nyomel!!!:)suka la!

    ReplyDelete
  2. ha ah awal2 kawin mmg otak serabut..sebab nak bahagi2kan masa dngn semua org..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..~ moga kekal bahagia sampai ke syurga..

    rase sweet sgt bc entry ni..=)

    ReplyDelete
  4. Hye dear :)
    I pun baru je buat come-back! HAHAHA.
    take care!

    ReplyDelete
  5. dba:
    yerp.. mmg i bertuah. Alhamdulillah..

    aima:
    kann..?? rase mmg serabut mase tu.. nak adapt dgn kehidupan baru lagi. bukan mudah rupanya. hehe!

    cikkin:
    TQ cikkin. moga awak pun mcm tu jugak.. berbahagia hingga ke syurga. Amin. :)

    kidz:
    hello dear! yerpp.. u pun lama menyepi kann..?? welcome back dear! tihihi.. :D

    ReplyDelete
  6. ai mase baru2 kawen..hari2 balik umah family.. hujung minggu tidor sane... sedangkan umah sejengkal ker... tapi lame2..jarang2 dah balik..tu pon dah tak pernah tido sane..sedangkan sekarang dah dok jauh..huhu..

    ReplyDelete
  7. aty, dok jauh xpe kalo jarang balik. kalo duk dekat tu yg xde alasan bile xbalik. tapi make sure kene adil balik jenguk dua2 family. xsyok la kalo berat sebelah plak kann..?? ;)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,

    Bergaduh tu memanglah asam garam berumahtangga.Bayangkan, masak lauk tak tambah asam dan garam...apa rasa nya?

    ReplyDelete
  9. suka baca entry ini. dpt info pengalaman hehe

    ReplyDelete

♥ Thank you for stopping by. Kindly leave your notes. Thanks a bunch~!! ♥

Popular Posts

Contact Form