TOP NEWS

♥ Welcome to our happy and humble place! Feel free to leave your shoes at the door, and make yourself at home! Thank you for visiting lovelies! ♥

Thursday, January 20, 2011

Resepi : Ikan Siakap Tiga Rasa

Salam. ello lovelies~!! 

Seperti yang dijanjikan, resepi Ikan Siakap Tiga Rasa.


Bahan-bahan:
Ikan siakap
Tepung gandum
Garam (1/2 sudu teh)
Lada hitam (1 sudu)
Sos cili (3 sudu)
Sos plum (2 sudu)
Kicap manis (1 sudu)
Sos tiram (1 sudu)
Gula (1 sudu)
Minyak
Sayur campur


Cara-cara:
1. Bersihkan ikan. Tos sehingga kering.
2. Masukkan tepung ke dalam bekas, campurkan garam dan lada hitam.
3. Gaulkan. Kemudian lumurkan hingga rata pada ikan.
4. Panaskan minyak dalam kuali (deep-fry)
5. Bila minyak telah betul-betul panas, perlahankan api dan masukkan ikan. 
(Pastikan ikan tenggelam dalam minyak, tu sbb ia dipanggil deep-fry! ;) )
6. Goreng hingga garing.
7. Angkat dan masukkan dalam bekas yang sesuai.


Sos:
1. Gaulkan sos cili, sos plum, kicap manis, sos tiram dan gula dalam mangkuk.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
3. Kemudian masukkan bahan yang telah digaul tadi.
4. Tambah 1/4 cawan air dan biarkan ia mendidih.
6. Masukkan sayur campur. 
7. Angkat dan curahkan di atas ikan tadi.
8. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencoba!

Sekian, terima kasih.


Lurve u~!! 


0 lovely message(s):

♥ Thank you for stopping by. Kindly leave your notes. Thanks a bunch~!! ♥