Yummy Food Recipes

Grilled Dory with Sweet Sour Sauce & Garlic Bread

January 19, 2011Bushra Tajuddin

Salam. ello lovelies~!! 

Ini adalah hasil hidangan makan malam dari dapur kami.. *cewahh!! hehe..
Nampak sedap tak..?? Mesti laaa.. kann..?? 

OK.. nama hidangan ini ialah seperti tajuk entry ni yer.. 
*malas pulak nak taip semula & translate

I tahu I ade hutang satu entry pasal resepi Ikan Siakap Tiga Rasa.
Esok I hapdet resepi itu keh?

So malam ni, I taknak la hutang2 entry..
Baek I terus bagi jek resepi dia.

Sape nak salin, sila la salin. Kalo taknak pun takpe..
Takde paksaan.

Jom kita tengok apa bahan-bahannya!

Bahan-bahan:
Ikan Dori (2 keping)
Lada hitam (1 sudu)
Secubit garam
 Sos cili (1 sudu)
Sos plum (2 sudu)
Madu (2 sudu)
Mentega / marjerin (2 sudu)
Bawang putih dikisar (1 sudu kecil)
Roti
Sayur campur / salad

Dah tengok bahan-bahannya? Jommm.. kita intai penyediaannya pulak.
Penyediaanya, kita boleh bahagikan kepada 3 kategori yer..

A. Ikan Dori
1. Bersihkan ikan dori (Bersihkan betul-betul sebab biasanya ikan ni ada disalut kanji).
2. Toskan hingga kering dan potongkan ia menjadi beberapa kepingan.
3. Masukkan ikan dori ke dalam bekas, masukkan lada hitam dan secubit garam.
4. Gaul rata hingga kena semua bahagian ikan.
5. Perap dalam peti sejuk (minimum 2 jam).

B. Sos
1. Masukkan sos cili, sos plum, madu dan secubit garam ke dalam mangkuk
2. Gaul dan tambah 1/4 gelas air panas.

C. Garlic Bread
1. Gaulkan sedikit mentega / marjerin dengan 1 sudu kecil bawang putih yang dikisar @ 3 ulas bawang putih yang dicincang halus.


Apabila penyediaan untuk 3 kategori di atas sudah disediakan, kita dah boleh memulakan masakan kita..

Cara-caranya :
1. Goreng ikan yang telah diperap dengan satu sudu marjerin / mentega dengan api yang sederhana selama 10 minit.
[ Rupa ikan dori dalam kuali ]

2. Angkat ikan dori dan letakkan di dalam pinggan yang telah disusun dengan salad.
3. Masukkan sayur campur ke dalam kuali yang sama pada api kecil selama 1 minit.
4. Curahkan sos ke atas ikan dan tuangkan sayur campur ke atasnya.
5. Bakar roti yang telah disapu mentega / marjerin dan bawang putih di dalam microwave / oven.
6. Keluarkan roti dan letakkan di dalam pinggan bersama ikan dori.
7. Sedia untuk dihidangkan.

OK! Dah siap dah..
Senang tak? Harapnya korang faham la baca resepi I ni yer..
Kalo ade yang tak faham, boleh email I la kehh..

Selamat Mencoba!

Lurve u~!! 

You Might Also Like

7 lovely message(s)

  1. atoi... nape perut tetibe munyik nih? aiyak!! huhu...

    ReplyDelete
  2. hehe.. an, tgk makanan mlm2 mcm ni mmg wat perut kite sengaja nak mintak perhatian. hehe!

    ReplyDelete
  3. Sis, tolong antar kat Desa Keramat sikit...tetiba je lapar, hahah

    ReplyDelete
  4. rilla, u lambat laa.. dh slamat semuanya! abes licin.. kekekeke..

    ReplyDelete
  5. ya ampun sedap nya...wawawa nk mkn..!!!

    ReplyDelete
  6. sker sgt belog2 pasal makanan...
    nk join cni la..
    heee

    ReplyDelete
  7. sis.. terliur heheh sis ada facebook x? i mean profile la. add me Nora Kerel add facebook yea. nak masukkan sis dalam group bff (b2b&bride blogger facebook)secret group hehe if sudi.. thanks sis =)

    p/s :: rindu pada coretan sis dan dunia blog :(

    ReplyDelete

♥ Thank you for stopping by. Kindly leave your notes. Thanks a bunch~!! ♥

Popular Posts

Contact Form