Yummy Food Recipes

Custard and Blueberry Toast. Yummy!

December 09, 2010Bushra Tajuddin

Salam. ello lovelies~!! ♥


Nampak tempting tak..?? Haha! 
Ini adalah snek makanan ringan kami. 
Namanya Custard and Blueberry Toast.
Huhh..?? Gempak tak nama? Tihihi..
Dibuat dengan penuh kasih sayang oleh enche suami terchenta, nYomoT.
Terima Kasih! *senyum*

Snek ni special pasal custard tuh pun homemade by him jugak.
Tidak menggunakan tepung custard yang selalu kite beli kat kedai tu..
Tapi dibuat sendiri oleh beliau. Gigihkan dia..??
Huishhh.. Kagum tau! Kagum! *Sila kagum*

Rasa nye..?? Lebih sedap daripada custard yang dibuat daripada tepung custard tu.  
Tak percaya? Cube korang buat nanti. Hehe!
Disebabkan rasanya yang begitu sedap (bagi I la), menyebabkan 
I tak sabar nak kongsikan rahsia resepi ni kat sini. *chewah*

OK. Resepinya seperti di bawah:

Mula-mula buat CUSTARD nya dahulu keh..

* Baru tau, rupa-rupanya inilah resepi original custard. 
Tepung custard yang kite selalu guna untuk buat custard tu dah di komersialkan.. 
(petikan dari kata-kata enche nYomoT)
 
Bahan-bahan:
2 cawan susu (dipanaskan) *sebaiknya susu kotak (segar)
3 biji telur
6 sudu gula
1 sudu teh esen vanila
garam

Cara-cara:
1. Pukul telur tapi jangan sampai berbuih, campur gula dan secubit garam.
2. Curahkan susu panas  perlahan-lahan sambil gaul.
3. Masukkan ke dalam kuali/periuk dan masak di atas api sederhana selama 10 minit dan sentiasa kacau.
4. Curahkan dalam mangkuk dan campurkan esen vanila. 
5. Biarkan sejuk. Ia akan jadi pekat apabila sejuk.

OK. Sekarang custard dah siap. 
Mari kita buat Custard and Blueberry Toast!

Bahan-bahan:
Roti *terpulang berapa keping roti yang diingini
Custard
Blueberry jam
Marjerin

Cara-cara:
1. Roti dipotong mengikut kesukaan anda.
2. Sapukan marjerin pada kepingan roti dan letakkan ke dalam loyang. (*Sapuan marjerin di bahagian bawah)
3. Letakkan custard dan blueberry jam di atas kepingan roti.
4. Bakar roti di dalam oven pada kepanasan 200 celcius selama lebih kurang 5 minit.

Dah siap! Sedia untuk dihidangkan.
Senang tak..?? Senang kann..?? 
Mestilah senang! Sebab bukan I yang buat. Tihihi..

Baiklah. Selamat Mencuba!

Lurve u~!! 



You Might Also Like

8 lovely message(s)

  1. yummy~~

    slalu buat kat kek jerr..
    bleh try kat roti plak nie..
    thank for sharing this recipes;-)

    ReplyDelete
  2. hehe! mmg yummy..

    ini namanya snek makanan ringan yg lebih berkhasiat drpd makan jajan. tihihi..

    slamat mencuba cma!

    ReplyDelete
  3. sedap nye bushhhh... malas nak buat... u buat kasik i rasa bley??? hihihii... pastu baru i buat senirik ;)

    ReplyDelete
  4. cehhh!! xsusah laa.. senang jek wat die. ok2.. nnt kalo i wat, i roger2 u kehh..?? kalo u rase sedap, bole la wat.. ;)

    ReplyDelete
  5. weeee
    thanks!
    insyaAllah nnt nk mencube.
    hehe

    ReplyDelete
  6. wahh nyomel..nampak sedap jer tuh
    bak sini sikit,hehe

    ReplyDelete
  7. Fxysche Nas : cube lahh! sedap tauu.. ;)

    ciksue : alamakk.. da abesss.. hehe! :P

    elya : cuba ekk.. senang jeee.. ;)

    ReplyDelete

♥ Thank you for stopping by. Kindly leave your notes. Thanks a bunch~!! ♥

Popular Posts

Contact Form